Polis Kesan Suami Isteri Terbabit Penipuan RM7 Juta

IPOH: Polis telah membongkar kegiatan penipuan oleh sepasang suami isteri membabitkan kerugian kira-kira RM7 juta.

Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahalan berkata, pasangan itu dipercayai menawarkan tanah kerajaan, tender dan kontrak kepada mangsa.

Polis menjalankan siasatan selepas menerima aduan daripada tujuh mangsa bulan lepas, katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ketua Polis Perak di sini, Rabu.

Hasil siasatan, sepasukan polis menyerbu sebuah rumah di Kuala Muda, Kedah pada 14 Jun dan menahan seorang lelaki berusia 21 yang juga anak kepada pasangan berkenaan.

Pasukan berkenaan menemui sebuah beg mengandungi wang tunai lebih RM1 juta yang ditanam di belakang rumah lelaki itu, katanya.

Pasangan berkenaan dipercayai menjalankan kegiatan penipuan di Teluk Intan dengan menawarkan pelbagai tender kerajaan kononnya untuk membekal buah-buahan dan barangan runcit untuk Tentera Laut Diraja Malaysia, kontrak dengan Jabatan Pengairan dan Saliran dan tanah rizab kerajaan, kata Shukri.

"Mereka memperdayakan mangsa dengan berlagak mewah dan menjamu mangsa dengan makanan mahal selain menunjukkan kemewahan dengan menderma ribuan ringgit kepada tokong atau sekolah," katanya.

Shukri meminta orang ramai yang mengenali Song Siew Weng, 49, dan seorang wanita, Chong Heoy Choo, 40, supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan kes itu.

Alamat terakhir Song ialah di 58, Persiaran Pengkalan Timur 11, Taman Desa Pakatan, Ipoh, manakala alamat terakhir Chong ialah No 39, Lorong Tupai Mas, Taiping.

Orang ramai yang mengenali atau mengetahui mereka diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak melalui nombor telefon 05-2451222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di nombor telefon 05-6299222. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain