suria

Kak Yah Dipercayai Masih Dalam Negara - Polis

KUALA TERENGGANU: Bomoh wanita berketurunan Siam yang dikatakan merawat pesakitnya sehingga menyebabkan kematian di Kampung Pulau Rusa, Marang malam Khamis lalu dipercayai sedang bersembunyi di Rantau Panjang.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata pihaknya kini sedang giat memburu bomoh tersebut yang dikenali dengan panggilan Kak Mah atau Kak Yah.

"Kami memohon kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan suspek untuk membantu siasatan kes ini," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Polis turut mengedar gambar suspek dan suaminya.

Dalam kejadian itu, seorang pemuda berusia 26 tahun yang mengidap penyakit misteri maut setelah dihantar oleh bapanya untuk berubat di rumah bomoh berkenaan.

Semasa menerima rawatan, mangsa dikatakan dipaksa minum dalam kuantiti yang banyak dengan bomoh berkenaan turut memasukkan paip getah ke dalam mulutnya dengan alasan untuk mengeluarkan makhluk halus yang dikatakan berada dalam badan mangsa menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dan disahkan meninggal dunia kira-kira 12.00 tengah malam.

Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita tersebut supaya menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi Pengawai Penyiasat Asisten Supritendan Mohd Adli Mat Daud di talian 013-4398633 atau 09-6182222. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain