suria

Rayuan Ke IPTA Lepasan SPM Boleh Disemak Mulai Tengah Hari Esok

KUALA LUMPUR: Keputusan rayuan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan yang setaraf untuk sesi akademik 2011/2012 boleh disemak mulai tengah hari Selasa.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan di sini berkata, pemohon boleh berbuat demikian menerusi laman webnya di www.upu.mohe.gov.my atau laman web universiti yang dipohon.

Keputusan rayuan adalah muktamad dan rayuan calon dianggap gagal jika mereka tidak menerima sebarang tawaran rasmi sehingga 3 Julai ini, kata kenyataan itu.

Kementerian itu juga tidak melantik ejen atau wakil dalam pemilihan kes rayuan tersebut.

Kata kenyataan itu, semua pengurusan berpusat adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dengan mengguna pakai dasar, kriteria pemilihan prosedur serta prosedur yang ditetapkan kementerian.

Untuk sebarang pertanyaan, pemohon diminta hubungi talian 03-88835858 dan 03-88835848. Calon juga boleh menyemak keputusan rayuan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (No.KP) dan hantar ke 15888.

Artikel Lain