suria

Peniaga Bebas Tuduhan Peras Ugut RM5,000

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, melepas dan membebaskan seorang warga emas daripada pertuduhan memeras ugut seorang peniaga yang berpunca daripada perebutan petak perniagaan.

Majistret Darvin Hameedah Natchiar membuat keputusan tersebut tanpa memanggil Daood Gulam Mohideen Sha Jahan untuk membela diri selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal untul membuktikan prima facie terhadap pertuduhan yang dihadapi.

Daood Gulam, 57, sebelum ini didakwa memeras ugut Yap foo Kwee, 39, dengan meminta RM5,000 pada pukul 7.30 malam, 20 Jun 2009 di pasar malam Taman Sri Bintang, Kepong, dekat sini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan untuk membolehkan dia mendapatkan semula petak perniagaan nombor 21 dan sebahagian nombor 20 di pasar malam berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Daood diwakili oleh peguam Lim Lip Eng.

Artikel Lain