suria

Ketua Menteri Sabah Mahu Suara Belia Didengar, Dibimbing

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mahu semua pihak berkaitan pembangunan belia di Sabah turun padang mendekati dan mendengar suara belia untuk mengenal pasti kehendak serta keperluan mereka.

Bercakap ketika melancarkan sambutan Hari Belia peringkat negeri di sini, Ahad, beliau berkata sebagai pemimpin masa depan, belia perlu dibimbing untuk menghayati konsep 1Malaysia untuk merealisasikan matlamat program transformasi negara.

"Saya dan kerajaan menaruh harapan tinggi terhadap kepimpinan belia di semua peringkat, khususnya belia akar umbi untuk menjadi pemangkin transformasi.

"Oleh itu, kerjasama dan koordinasi antara Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan dan Majlis Belia Sabah (MBS) perlu diperkemas dan dimantapkan supaya lebih ramai belia akar umbi mendapat manfaat daripada program yang dilaksanakan oleh kerajaan," katanya.

Musa juga berkata kerajaan akan terus berusaha menyediakan persekitaran kondusif agar potensi kepimpinan belia di Sabah akan terus menyerlah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain