suria

Pelajar Cemerlang SPM 2010 Dapat Tajaan JPA

Petaling Jaya: Kabinet membuat keputusan untuk menawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada semua pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan 8A+ dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gembira dengan keputusan SPM itu dan ingin memberi ganjaran kepada para pelajar cemerlang.

"Kami mahu melatih lebih banyak sumber manusia dan ingin memberi galakan kepada pelajar-pelajar cemerlang ini,'' katanya, apabila dihubungi oleh The Star di sini, Khamis.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Wee Ka Siong juga menerusi twitternya memberitahu berita baik itu yang diputuskan oleh Kabinet pada Rabu.

Dalam twitternya, beliau mengatakan bahawa langkah tersebut adalah satu pekara yang patut dipuji.

"Ini menunjukkan kerajaan sememangnya sedang meneruskan usaha membantu pelajar cemerlang tanpa mengira bangsa," kata Wee.

Bagaimanapun beliau tidak dapat dihubungi bagi mengulas lanjut perkara berkenaan.

Pada Julai tahun lalu, Najib berkata, semua pelajar yang mendapat 9A+ atau ke atas tanpa mengira kaum akan menerima tajaan JPA.

Perdana Menteri menyatakan selagi para pelajar berjaya mmendapatkan 9A+ dan ke atas mereka layak untuk mendapat biasiswa tersebut dalam melanjutkan pelajaran dalam serta luar negara.

Beliau berkata ini adalah untuk menunjukkan bahawa 1Malaysia bukan hanya satu slogan semata-mata.

Menerusi pengumuman analisis keputusan SPM 2011 pada Mac, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud berkata, keputusan SPM tahun ini adalah merupakan yang terbaik dalam tempoh empat tahun.

Beliau mengatakan sebanyak 403 calon dari 363 sekolah kebangsaan dan 40 pelajar sekolah swasta mendapat A+ dalam semua mata pelajaran tahun lalu berbanding 214 pada tahun 2009.

Abd Ghafar memberitahu ia merupakan tahun kedua Kementerian Pelajaran menggunakan sistem penilaian baru dengan pelajar dinilai menurut gred A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G dibandingkan dengan standard sebelumnya iaitu dari 1A ke 9G.

Kaedah ini memberikan butiran terperinci tentang jumlah calon yang mendapat gred A dalam peperiksaan, tambah beliau.

Artikel Lain