suria

PKR Dakwa 97 Anggota Bayan Baru, Tanjong Bukan Anggota Parti

GEORGE TOWN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang hari ini mendakwa jurucakap kumpulan 97 anggota dari cabang Bayan Baru dan Tanjong itu bukan anggota parti itu.

Naib Pengerusinya, Abdul Malik Abul Kassim berkata, Mohamed Ibrahim A. Siahoo bukan anggota PKR seperti mana yang didakwa sebelum ini.

Sabtu lalu, Mohamed Ibrahim berkata, kumpulan mereka terdiri daripada pemimpin sayap Pemuda dan Wanita PKR kawasan berkenaan yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 72 tahun, mengambil keputusan keluar PKR selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu.

Ibu pejabat PKR memaklumkan bahawa Mohamed Ibrahim bukan anggota PKR malah tidak pernah menyertai parti itu sebelum ini, kata Abdul Malik kepada pemberita di sini, Selasa.

Katanya, kalau benar kumpulan itu keluar parti, mereka perlu menunjukkan nama dan surat peletakan keanggotaan kesemua 97 anggota itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain