PAS Tidak Lagi Komited Dengan Slogan Membangun Bersama Islam - Semasa | mStar

PAS Tidak Lagi Komited Dengan Slogan Membangun Bersama Islam

SUNGAI BULOH: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Hamzah Zainudin berkata PAS tidak lagi komited dengan slogan membangun bersama Islam yang membawa sokongan Melayu terhadap parti itu sebelum ini.

Beliau berkata penggunaan slogan itu dilihat berubah berdasarkan keperluan politik apabila hanya dilaungkan ketika memerlukan sokongan Melayu, sebaliknya terus berubah apabila bersama-sama bangsa lain.

Menurutnya, PAS kini datang semula dengan agenda membangun bersama Islam bertujuan menarik sokongan orang Melayu sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau, yang majoriti pengundinya adalah orang Melayu.

"Kita boleh lihat, di hadapan kaum bukan Islam semasa pilihan raya kecil (DUN) Tenang (baru-baru ini) mereka bercakap PAS tidak hanya tumpu kepada membangun bersama Islam sebaliknya cukup bersemangat apabila bercakap di hadapan orang Melayu.

"Soalnya kenapa slogan itu hanya dilaungkan di hadapan orang Melayu. Adakah hanya semata-mata untuk meraih simpati pilihan raya. Yang nyata apabila pilihan raya berakhir moto itu akan bertukar menjadi membangun bersama DAP,"katanya kepada Bernama ketika ditemui semasa menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran RNZ Group bersama anak-anak yatim di Asrama Damai, Kuang dekat sini, Ahad.

Hamzah yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata dengan mengembalikan semula slogan itu, PAS dilihat benar-benar cuba untuk mengelirukan pengundi di Kerdau dan Merlimau seolah-olah pendirian mereka terhadap moto itu tidak berubah.

Statistik Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) menyaksikan 7,706 pengundi daripada keseluruhan 8,721 pengundi berdaftar di DUN Kerdau adalah orang Melayu manakala 64.69 peratus daripada 10,679 pemilih berdaftar di DUN Merlimau juga pengundi Melayu.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain