Enam Rakyat Malaysia Yang Hilang Ketika Gempa Bumi Di Christchurch Ditemui Selamat - Semasa | mStar

Enam Rakyat Malaysia Yang Hilang Ketika Gempa Bumi Di Christchurch Ditemui Selamat

SERIAN (Sarawak): Enam daripada tujuh rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di Christchurch, New Zealand dalam kejadian gempa bumi Selasa lepas, telah pun ditemui dan berada dalam keadaan selamat, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot, Sabtu.

Beliau berkata berdasarkan email terkini kementeriannya yang diterima pada 1.10 tengah hari, keenam-enam rakyat Malaysia itu dikenali sebagai Anthony Das, Paulin Joseph, Tan Chin Pih, Celine Wong, Lin Siao Jin dan Chon Siow Lim.

"Bagaimanapun, Sandra Hii dari Sibu, Sarawak, seorang petugas di King's Education College, Christchurch dengan taraf penduduk tetap, masih belum ditemui dan warisnya telah pun dimaklumkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pengumuman permohonan bantuan kebajikan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan di sini.

Beliau berkata Jawatankuasa Pengurusan Krisis kementeriannya di Putrajaya telah mengaktifkan bilik operasi yang dikendalikan oleh 30 pegawai pada satu-satu dalam tempoh beberapa jam selepas gempa berlaku dan bilik operasi yang serupa turut dibuka di Kedutaan Malaysia di Christchurch.

Menurut laporan, angka kematian akibat gempa bumi itu meningkat kepada 123 orang hari ini manakala jumlah mangsa yang hilang pula kira-kira 200 orang dengan sebahagian besarnya dipercayai rakyat asing. Riot menasihati rakyat Malaysia yang berhasrat untuk belajar, bekerja atau melancong ke luar negara supaya mendaftarkan nama dan alamat masing-masing dengan Kedutaan atau Konsulat Malaysia di negara yang berkenaan untuk membolehkan kementerian mengesan mereka sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Memandangkan tugas utama Wisma Putra meliputi keselamatan rakyat Malaysia di luar negara tanpa mengira sama ada dari Sarawak, Sabah atau Semenanjung, beliau berkata Kedutaan Malaysia di Christchurch sehingga kini telah menghubungi 70 daripada 246 rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemastautin di negara itu.

Beliau berkata Malaysia tidak akan menghantar pasukan penyelamat ke zon bencana memandangkan kerajaan New Zealand menyatakan bahawa pasukan dari Australia, Taiwan, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat, Britain dan China telah pun berada di lapangan.

Mengenai krisis di Libya, beliau berkata kesemua 131 rakyat Malaysia yang terperangkap di Libya berjaya dibawa keluar dari Tripoli semalam dengan pesawat Tunisia Air ke Rome, dan kini menunggu untuk dibawa pulang ke tanah air menggunakan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia.

Beliau berkata semua perbelanjaan ditanggung oleh Ranhill Berhad, iaitu syarikat Malaysia yang beroperasi di Libya, sebahagian besarnya dalam industri minyak dan gas, untuk membolehkan rakyat Malaysia yang terperangkap, di samping warga negara lain seperti Indonesia, Thailand, Filipina, United Kingdom dan Tunisia, keluar dari Libya dengan selamat.

Riot menasihati rakyat Malaysia yang berhasrat untuk belajar, bekerja atau melancong ke luar negara supaya mendaftarkan nama dan alamat masing-masing dengan Kedutaan atau Konsulat Malaysia di negara yang berkenaan untuk membolehkan kementerian mengesan mereka sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Memandangkan tugas utama Wisma Putra meliputi keselamatan rakyat Malaysia di luar negara tanpa mengira sama ada dari Sarawak, Sabah atau Semenanjung, beliau berkata Kedutaan Malaysia di Christchurch sehingga kini telah menghubungi 70 daripada 246 rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemastautin di negara itu.

Beliau berkata Malaysia tidak akan menghantar pasukan penyelamat ke zon bencana memandangkan kerajaan New Zealand menyatakan bahawa pasukan dari Australia, Taiwan, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat, Britain dan China telah pun berada di lapangan.

Mengenai krisis di Libya, beliau berkata kesemua 131 rakyat Malaysia yang terperangkap di Libya berjaya dibawa keluar dari Tripoli semalam dengan pesawat Tunisia Air ke Rome, dan kini menunggu untuk dibawa pulang ke tanah air menggunakan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia.

Beliau berkata semua perbelanjaan ditanggung oleh Ranhill Berhad, iaitu syarikat Malaysia yang beroperasi di Libya, sebahagian besarnya dalam industri minyak dan gas, untuk membolehkan rakyat Malaysia yang terperangkap, di samping warga negara lain seperti Indonesia, Thailand, Filipina, United Kingdom dan Tunisia, keluar dari Libya dengan selamat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Dua Sepupu Maut Kereta Terbabas Rempuh Lori

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain