suria

Muhyiddin Pengerusi Mesyuarat Menteri Besar Dan Ketua Menteri Ke-111

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-111.

Mesyuarat yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, bermula pada pukul 10 pagi diadakan di Bangunan Perdana Putra di sini.

Empat negeri yang ditadbir parti pembangkang PAS-Parti Keadilan Rakyat-DAP menghantar wakil kerajaan negeri masing-masing.

Mesyuarat itu antara lain adalah bagi menyelaraskan pentadbiran antara negeri-negeri dan membincangkan isu-isu berbangkit.

Beberapa kementerian dan agensi kerajaan turut membuat pembentangan termasuk Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain