suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BN Akan Tunai Janji Yang Dibuat Bekas Wakil Rakyat Kerdau

TEMERLOH: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) akan menunaikan segala janji-janji pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang telah dibuat bekas wakil rakyat kawasan itu.

Beliau berkata kerajaan negeri akan meneliti projek pembangunan yang dijanjikan sebelum ini mengikut keutamaan dan kepentingan rakyat.

"Kerajaan Barisan Nasional tidak berjanji kosong, setiap janji-janji itu kita akan tetap laksanakan untuk kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan jentera pilihan raya kecil B Nuntuk pilihan raya kecil DUN Kerdau di sini, Ahad.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Feb lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada 26 Feb ini.

Adnan berkata semua isu-isu setempat di kawasan berkenaan juga akan diselesaikan secepat mungkin.

"Setakat ini tiada isu besar di DUN Kerdau melainkan isu-isu berkaitan hak milik tanah dan berkaitan tanah, isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air," katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN pada pilihan raya kecil itu berkata semua jentera pilihan raya BN kini bersiap sepenuhnya.

"Kita akan mengambil pendekatan bersemuka dan menemui pengundi bagi mengetahui masalah mereka dan setiap masalah mereka kita akan atasi," katanya.

Mengenai calon, Adnan berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan nama calon pada Selasa ini.

"Empat nama calon berkelayakan telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih bertanding, siapa saja yang dipilih akan diterima dan jentera B Nakan memastikan kemenangannya,"kata Adnan.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain