suria

Tak Ada Rombakan Kabinet - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis menolak ura-ura kononnya beliau akan membuat rombakan kabinet dalam masa terdekat.

"Siapa yang buat rumours ini?" kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan program pemantapan dan pemasyarakatan Dewan Negara, Parlimen Malaysia di Dewan Bankuet, Parlimen di sini, Khamis.

Spekulasi yang tersebar dalam twitter dan blog tertentu semalam telah mencetuskan kekalutan pihak media yang cuba mendapatkan pengesahannya.

Satu portal berita malahan menyatakan dua timbalan menteri akan dinaikkan pangkat manakala seorang ketua parti politik akan turut dilantik sebagai menteri.

Najib berkata rombakan kabinet boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja atau pun tidak diadakan langsung. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain