Najib Tiba Di Miri Untuk Lawatan Sehari - Semasa | mStar

Najib Tiba Di Miri Untuk Lawatan Sehari

MIRI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada Ahad untuk lawatan rasmi sehari.

Ketibaan Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, di lapangan terbang Miri, disambut Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan kenamaan negeri yang lain.

Sejurus selepas itu, Najib terus ke sebuah hotel terkemuka di sini untuk mengadakan sesi pertemuan tertutup dengan anggota-anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional negeri.

Pada sebelah malam Ahad, Perdana Menteri akan mengadakan kunjungan mesra ke beberapa buah kedai di pusat bandar raya Miri sebelum menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina di Dataran Kipas Bandaraya Miri.

Majlis yang akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin dijangka dihadiri kira-kira 20,000 orang.

Selepas itu, Najib dijangka mengadakan sesi santai kedai kopi bersama masyarakat tempatan di pusat bandaraya sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Najib Temui Adun BN Sarawak

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel