Wanita Ditemui Mati Dengan Kesan Tikaman Di Ulu Yam - Semasa | mStar

Wanita Ditemui Mati Dengan Kesan Tikaman Di Ulu Yam

KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditemui mati dengan tikaman di belakang badannya di tepi jalan di Km 5.4 Jalan Sungai Tua, kira-kira 300 meter dari Simpang Sungai Kertas, Ulu Yam, dekat sini, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata mangsa, yang berusia dalam lingkungan 20an, ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah pada pukul 3.01 pagi dan dipercayai telah ditikam sebanyak dua kali.

"Mangsa berkulit cerah dan rambut hitam paras bahu serta memakai seluar panjang berwarna krim, baju lengan panjang berwarna cerah dan bertudung coklat," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa ditikam semasa berada dalam sebuah kenderaan dan dia kemudian ditolak keluar dari kenderaan itu.

"Dipercayai mangsa sempat berjalan beberapa meter sebelum mati berdasarkan tompokan darah di sepanjang jalan. Bagaimanapun, tiada kesan pergelutan (ditemui)," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat dan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.