suria

Tempoh Penamaan Calon PRK DUN Tenang Ditutup

LABIS: Tempoh penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Pejabat Majlis Daerah Labis di sini ditutup pada pukul 10 pagi.

Hanya dua calon mengemukakan borang pencalonan mereka kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Md Asri Amir dalam tempoh sejam proses itu berlangsung sejak pukul 9 pagi ini.

Mereka ialah calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan Normala Sudirman, 38, daripada PAS.

Sebaik tempoh pencalonan ditutup, Md Asri mempamerkan borang-borang pencalonan di papan kenyataan berhadapan pusat penamaan itu untuk semakan umum.

Tempoh bantahan dibuka selama sejam dan tamat pada pukul 11 pagi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain