suria

ERL Tawar Dua Pakej Ke KLIA

KUALA LUMPUR: Express Rail Link (ERL) kini menawarkan dua pakej untuk keluarga dan rakan yang ingin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sempena Tahun Baru Cina pada 3 dan 4 Februari ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Noormah Mohd Noor dalam satu kenyataan hari ini berkata, kedua-dua pakej itu boleh dibeli secara 'online'.

Beliau berkata, pakej keluarga dijual pada kadar RM75 bagi perjalanan sehala meliputi dua dewasa dan dua kanak-kanak (berusia 2-12 tahun), iaitu diskaun sebanyak 25 peratus daripada tambang biasa.

Katanya, mereka yang berada dalam kumpulan tiga orang atau lebih boleh menikmati penjimatan hebat menerusi tambang penjimatan kumpulan pada kadar RM25 seorang bagi perjalanan sehala, berbanding harga biasa RM35.

Noormah berkata, pelanggan boleh membeli tiket tersebut secara online mulai 14 Jan untuk perjalanan dari 28 Jan sehingga 6 Feb.

Tiket elektronik yang dikeluarkan dalam format PDF itu sah digunakan pada tarikh terpilih sahaja, katanya.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.KLIAekspres.com. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain