suria

BN Perlis Wujud Jawatankuasa Gerak Kerja Pilihan Raya

KANGAR: Barisan Nasional (BN) Perlis telah menubuhkan Jawatankuasa Gerak Kerja Pilihan Raya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata setakat ini jawatankuasa tersebut telah dibentuk di enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bintong, Sena, Indera Kayangan, Kayang, Kuala Perlis dan Beseri. Perlis mempunyai 15 kawasan DUN dan tiga kawasan Parlimen.

"Walaupun tarikh pilihan raya umum akan datang belum diketahui, namun persiapan perlu dilakukan kerana proses demokrasi ini akan tetap berlaku," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis kepada pemberita.

Beliau berkata jawatankuasa di peringakt Parlimen akan diwujud apabila kesemua kawasan DUN telah ditubuhkan jawatankuasa itu.

Mengenai matlamat BN Perlis dalam pilihan raya akan datang, Md Isa berkata ia mahu menyapu bersih kerusi yang dipertandingkan menerusi perpaduan BN Perlis yang bertambah kukuh. - BERNAMA

Artikel Lain