Usah Terkejut Gimik Rozita Tak Jadi 'Pencen' - Semasa | mStar

Usah Terkejut Gimik Rozita Tak Jadi 'Pencen'

NIEZAM terima banyak panggil telefon daripada pengarah dan penerbit filem selepas mereka membaca kenyataan pelakon bergetah, Rozita Che Wan (gambar) yang tak jadi nak “pencen” berlakon.

Kepada yang tak tahu, sejak pertengahan tahun lalu sudah kecoh Rozita kata dia nak bersara sebagai pelakon bermula tahun ini. Maknanya dia tak akan terima apa-apa lagi tawaran berlakon kerana dia mahu terlibat dalam bidang perniagaan.

Kepada pengarah dan penerbit drama, Niezam kata tak payah sampai nak tepuk dahi sendiri. Kalau berani tepuklah dahi orang lain, baru ngam.

Sebenarnya, pengarah-pengarah yang juga kawan-kawan Niezam tu terkejut kerana Rozita membatalkan hasratnya untuk bersara. Sedangkan pengarah-pengarah itu mempunyai projek drama yang cukup banyak pada tahun ini.

Kata seorang pengarah, kalau dia tahu Rozita tak jadi bersara, dari tahun lepas lagi dia dah booking Rozita untuk dramanya. Tapi sayang, sekarang watak itu sudah disambar orang lain. Niezam kata dekat pengarah tu, relakslah. Dalam dunia ni bukan Rozita sahaja yang boleh berlakon. Orang lain pun ada juga.

Tapi Niezam tahu, ramai yang gilakan Rozita kerana wajahnya cantik walaupun dia sudah ada anak dua. Ada juga pengarah drama yang bertanya adakah Rozita buat gimik? Sebelum ini bukankah dia bermati-matian nak bersara?

Sampaikan bila orang tanya benarkah nak bersara atau sekadar main-main, Rozita siap marah dan suruh tunggu tahun 2011.

Pada Niezam senang saja, kalau produser filem Dr Rozmey boleh buat gimik filem dia mampu kutip RM40 juta, Rozita pun boleh buat gimik serupa. Ia adalah strategi Rozita untuk memasarkan dirinya.

Dalam hal ini Niezam ukur bagaimana bijaknya Rozita menyusun strateginya sebagai pelakon. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pun pernah bercakap nak bersara tetapi dia tarik balik hasrat tu.

Dari situ Dr Mahathir dapat menilai sejauh manakah sokongan orang ramai terhadapnya sehinggakan ada menteri menangis kerana terkejut.

Rozita pun macam tu juga. Apabila dia buat kenyataan nak bersara, ramai orang beri macam-macam reaksi. Kenapa nak berhenti masa tengah laku? Kenapa tak nak berlakon sebab masih lawa? Dari situ Rozita sudah dapat jawapan dia sebenarnya masih disukai oleh industri hiburan hari ini.

Taktik main sorok-sorok Rozita sememangnya menjadi. Niezam ucapkan tahniah kepada Rozita kerana strateginya mengena.

Niezam dengar cerita, pasaran untuk Rozita naik seratus peratus. Syarikat-syarikat produksi sanggup bayar lebih asalkan dia sanggup berlakon dalam drama mereka.

Ini memperlihatkan kehebatan seorang yang bernama Rozita Che Wan berbanding sesetengah artis lain yang masih belum nak bersara walaupun orang sudah menyampah.

Niezam juga tumpang tergelak apabila Rozita kata dia terima tawaran berlakon pada tahun ini apabila “cair” dengan pujukan penerbit drama termasuklah produser Fadzil Teh dari Zeel Production sehingga dia terpaksa menerima tawaran berlakon drama Iparku Diva.

Dalam hal ini bukan saja Rozita tetapi Fadzil pun hebat kerana berjaya menggoda hati wanita yang digilai ramai itu.

NIEZAM: Puas menggoda, milik orang akhirnya.

Gunalah otak, jangan guna mulut

Sebenarnya Niezam dah malas nak bercerita mengenai artis yang ada otak, tapi tak mahu guna kepala otak. Pelakon yang Niezam maksudkan ini kalau kita nasihat berbakul-bakul pun dia memang susah nak terima pendapat. Orang tua kata, bengap.

Tapi kali ini Niezam terpaksa tegur sekali lagi selepas Niezam membaca dua status dalam Facebook milik dia baru-baru ini.

Status pertama si artis menulis mengenai keburukan hubungan artis lain. Status kedua pula dia naik angin dan mengamuk kepada orang yang memberi komen mengenai statusnya itu.

Inilah salah seorang artis yang cukup tak berguna kerana tergamak mendedahkan keburukan masalah orang lain hanya kerana dia mempunyai perasaan sakit hati dan dendam.

Lebih daripada itu, dia juga tidak mahu bertanggungjawab mengenai status yang dia tulis apabila ia menjadi bahan siaran media. Artis macam ini memang cukup bahaya.

Niezam dan banyak kali perhatikan kalau dia bercakap memang dia tidak pernah berfikir dengan otak. Dalam erti kata lain, main hentam sesuka hati apa yang dia nak kata.

Tapi dia juga tidak pernah fikir apa yang keluar daripada mulutnya itu sebenarnya boleh memakan dirinya sendiri.

Setahu Niezam, artis ini pernah menyerang wartawan kononnya kenyataan yang dia cakap lain, ditulis wartawan pula lain. Niezam tahu, dia naik angin apabila kenyataan dia sudah terkena batang hidungnya sendiri. Itulah bezanya apabila artis yang ada otak tapi tidak pandai menggunakan otak yang Tuhan berikan.

Niezam memahami perasan dendam dan marah dalam diri seseorang tetapi jika terlalu banyak seseorang bercakap tanpa mahu berfikir, ia akan membuatkan orang lain membenci perangainya itu.

Lebih teruk lagi dia sentiasa merasakan apa yang dia buat selama ini betul walaupun banyak benda yang tak betul telah dia dedahkan selama menjadi artis.

Niezam harap sangat kepada artis wanita yang sudah ada anak berderet-deret ini, gunakanlah akal kalau nak berkata sesuatu. Jangan jadi macam tin kosong. Bunyi kuat tapi habuk pun “tarak”.

NIEZAM: Guna otak, pen dan kertas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain