suria

Anak Orang Asli Di Gua Musang Perlukan Sekolah Menengah

GUA MUSANG: Sebuah Sekolah Menengah sedang dirancang untuk dibina di penempatan Orang Asli di sini bagi memudahkan pelajar menghadiri sekolah yang berhampiran kawasan mereka.

Anggota Dewan Undangan Negeri Galas, Abdul Aziz Yusoff berkata tapak sekolah itu sedang dibincangkan sama ada akan dibina di Kampung Kuala Betis atau kampung lain yang berhampiran dengan penempatan mereka.

"Kita menerima banyak runggutan daripada ibu bapa pelajar Orang Asli bahawa mereka menghadapi masalah pengangkutan untuk menghantar anak mereka ke sekolah yang jauh dari kampung mereka.

"Sehubungan itu kita telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pelajaran untuk mendapat pertimbangan segera menegnai masalah ini," katanya di sini malam Rabu.

Abdul Aziz yang juga Setiausaha Umno bahagian Gua Musang berkata sejak beberapa tahun lepas, pelajar kaum Orang Asli dihantar ke sekolah yang berada di merata tempat termasuk di bandar Gua Musang, Bandar Ciku, Sungai Asap dan Ciku Dua. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain