Polis Tahan Suami Isteri, Adik Kes Tipu Tambah Nilai Touch N Go - Semasa | mStar

Polis Tahan Suami Isteri, Adik Kes Tipu Tambah Nilai Touch N Go

SHAH ALAM: Polis menahan sepasang suami isteri dan adik lelaki kepada seorang daripada mereka di sebuah rumah di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara Utama dekat sini selepas dipercayai menjadi dalang dalam kes penipuan urusan tambah nilai kad 'Touch n Go'.

Supritendan Siasatan 1 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Komersial Selangor Supritendan Ng Keok Chai berkata kesemua suspek berumur antara 28 dan 30 tahun ditahan, Isnin, selepas polis menjalankan intipan sejak enam bulan lepas terhadap kegiatan mereka yang merupakan kes pertama dilaporkan di negara ini.

"Kita mendapat laporan daripada pihak 'Touch n Go' pada 4 Jun lepas mengenai kes berkenaan dan telah melakukan intipan dan siasatan termasuk mengesan kegiatan yang dilakukan apabila suspek membuat transaksi tambah nilai di kawasan Kayu Ara.

"Selepas siasatan dan intipan dibuat, sepasukan polis dari JSJ Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah menyerbu sebuah rumah semalam kira-kira pukul 10.45 pagi," katanya dalam sidang media di sini, Selasa.

Beliau berkata hasil daripada serbuan itu, suspek membawa polis ke sebuah lagi rumah di Bandar Bukit Puchong, Puchong dan merampas beberapa peralatan dipercayai digunakan bagi kegiatan terbabit iaitu 19 keping kad 'Touch n Go', dua unit 'smart tag', pembaca kad memori dan sebuah komputer riba.

Katanya, kesemua suspek terbabit melakukan penipuan tambah nilai itu dengan menggunakan kod akses pada kad 'Touch n Go' yang berjaya digodam melalui komputer riba.

"Siasatan juga mendapati suspek terbabit menipu dengan menambah nilai sehingga RM500 pada kad 'Touch n Go' mereka di mana dipercayai kad berkenaan digunakan di kalangan mereka sahaja tanpa membabitkan pengedaran atau penjualan kepada pihak lain," katanya.

Mengulas lanjut, Ng berkata walaupun pihak pengeluar kad berkenaan boleh menyekat akses kad milik suspek terbabit, tetapi tindakan itu tidak diambil bagi membantu siastan polis.

Beliau berkata kesemua suspek terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan membabitkan penipuan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain