PKNS & Transparency International Jalin Kerjasama Integriti Korporat - Semasa | mStar

PKNS & Transparency International Jalin Kerjasama Integriti Korporat

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)berkata pihaknya telah menjalin kerjasama dengan Transperancy International bagi melaksanakan Sistem Integriti Korporat Bersepadu dalam semua urusan dan urusniaganya. Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini Khamis, PKNS menegaskan, sistem itu akan menjamin perbadanan berkenaan diurus tadbir secara lebih telus, efisen dan bebas daripada sebarang unsur penyelewengan seperti rasuah, salah guna kuasa atau salah urus tadbir.

Amalan ini akan meletakkan PKNS dalam tahap standard yang lebih tinggi dan setaraf dengan syarikat-syarikat antarabangsa.

"Walau bagaimanapun, rakyat Selangor tidak perlu bimbang kerana kepentingan dan kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan bagi setiap program yang dilaksanakan PKNS," kata kenyataan itu lagi.

Perbadanan itu menegaskan bahawa ia mengambil berat akan setiap aduan yang dibuat terhadapnya dan siasatan audit oleh juru aduit bebas sedang dijalankan supaya keputusannya dapat didedahkan kepada orang ramai bagi mengelak sebarang prasangka.

Sehubungan dengan itu, warga kerja PKNS diminta membuka minda dan melihat setiap kritikan yang diterima sebagai satu perkara yang positif untuk menjadikan PKNS lebih baik dan bertanggungjawab.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain