suria

Saksi Menangis, Prosiding Kes AminulRasyid Ditangguh Sementara

SHAH ALAM: Prosiding kes pelajar Tingkatan Tiga, AminulRasyid Amzah yang ditembak mati terpaksa ditangguhkan seketika ekoran saksi pendakwa tidak dapat menahan kesedihan sebelum menangis semasa memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini, Khamis.

Pegawai Penyiasat Forensik, Cif Inspektor Mazli Jusoh menjadi emosi apabila disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar bagi menerangkan sebab dia mengubah kedudukan mayat Aminulrasyid di tempat kejadian.

"Saya diberitahu mayat tubuh mangsa dialihkan oleh polis peronda sebelum diperiksa oleh pegwai perubatan.

"Keadaannya amat menyayat hati apabila saya..." katanya dan mula mengesat air mata.

Beliau kemudian meminta untuk berehat daripada Hakim Latifah Mohd Tahar dan terus meninggalkan kamar mahkamah. Rakan mangsa, Muhammad Azamuddin Omar yang turut berada dalam kereta yang ditembak itu itu dijangka akan memberi keterangannya selepas itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain