suria

Kedah Semakin Pulih Daripada Banjir

ALOR SETAR: Keadaan di kawasan-kawasan dilanda banjir di Kedah semakin pulih apabila bilangan mangsa yang dipindahkan terus berkurangan pada Khamis.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara ketika dihubungi berkata jumlah keseluruhan mangsa yang masih berada di pusat-pusat pemindahan banjir sehingga 8 pagi ini berkurangan kepada 9,348 orang berbanding 11,652 orang petang semalam.

Di daerah Kota Setar, jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan ialah 5,222 orang daripada 1,245 keluarga dan di Kubang Pasu, 4,126 orang daripada 1,151 keluarga.

Jurucakap itu berkata sebanyak 21 pusat pemindahan masih dibuka, 12 daripadanya di Kota Setar dan sembilan di Kubang Pasu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain