"Anwar & Azmin Mesti Berundur, Saya Boleh Jadi Pemimpin PKR Yang Baik," - Zaid Ibrahim - Semasa | mStar

"Anwar & Azmin Mesti Berundur, Saya Boleh Jadi Pemimpin PKR Yang Baik," - Zaid Ibrahim

PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim pada Selasa berkata, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presidennya, Azmin Ali perlu berundur demi masa depan parti itu sendiri.

Beliau berkata, mereka berdualah yang menjadi punca kepada masalah demi masalah yang dihadapi oleh PKR sekarang.

“Kita tidak boleh mempunyai kepimpinan yang lemah dan menyalahkan pihak lain. Perlu ada kejujuran di atas kepercayaan rakyat.

“Justeru, parti memerlukan kepimpinan baru dengan fokus dan kekuatan baru, sanggup menerima kelemahan ini dan mengatasinya,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Selasa.

Sementara itu, Zaid turut mendakwa Azmin yang juga calon Timbalan Presiden tidak layak bertanding merebut jawatan itu kerana terlibat dengan penipuan dan penyelewengan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti yang sedang berlangsung ketika ini.

Ketika ditanya, oleh kerana beliau menyifatkan Anwar dan Azmin tidak lagi sesuai untuk menerajui PKR, oleh itu siapakah pada pandangannya yang sesuai untuk menerajui PKR, Zaid menjawab: "Saya boleh menjadi pemimpin PKR yang baik..."

Zaid berkata, beliau mahu melihat kejayaan parti pembangkang dengan kekuatan yang ada kerana berdasarkan visinya memerlukan politik dan pemimpin lebih baik.

Beliau nekad dengan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan melepaskan semua jawatan yang diumumkan dalam blognya pada Isnin.

Kekecewaan beliau merujuk kepada kepimpinan PKR yang tidak berupaya mengendalikan pemilihan parti dengan adil dan telus.

Dakwanya, ia bukan disebabkan politik parti gagal tetapi kerana kegagalan para pemimpin dan terlalu banyak masalah dalaman yang tiada fokus untuk arah tuju parti.

“Keadilan sepatutnya menjadi satu pergerakan politik yang telus tanpa menggunakannya sebagai platform untuk agenda politik peribadi.

“Kita memerlukan sebuah parti yang maju ke depan dengan membabitkan isu yang memberikan kesan kepada rakyat serta masalah sebenar dihadapi negara,” katanya.

Zaid berkata, beliau menyertai PKR kerana mahu mengimbangkan kepimpinan dalam parti dan memastikan suara setiap ahli diberikan perhatian.

“Saya tidak mengkritik kerana ia bukan caranya. Saya tidak menarik diri kerana mengaku kalah. Saya tidak terikat untuk menang tetapi terikat dengan kebenaran.

“Jika saya tidak mampu meneraju dalam mentransformasikan Keadilan dalam pemilihan parti, tidak bermakna saya gagal.

“Saya cuba cara lain dan mencari pilihan serta jalan bersesuaian bagi memastikan transformasi dapat dicapai untuk sesuatu lebih baik demi negara," jelasny.

Zaid berkata, persoalan dalam pemilihan bukan baru kerana sebelum ini beliau telah meminta penjelasan tertentu, memerlukan pemilihan parti yang bersih.

“Bukan saya seorang saja yang bertanding tetapi ratusan calon yang menawarkan diri cuba untuk memberi khidmat kepada parti.

“Saya kata hentikanlah, jangan mencabuli sistem pemilihan dan buatlah betul-betul. Anwar meminta saya tunjukkan bukti penipuan. Kita sudah ada buktinya,” katanya.

Tambahnya lagi, ini bukan masanya untuk menafikan dan menyalahkan kerana sekiranya parti mahu melakukan pembaharuan untuk negara ini, perlu bersikap jujur.

“PKR sendiri tidak dapat mengendalikan pemilihan parti yang baik sehingga menunjukkan kelemahan itu. Parti berhak untuk yang lebih baik,” katanya.

Artikel Sebelum

Zaid Mahu Tubuh 'Keadilan Baru' Jika Dipecat

Artikel Berikut

"Hanya 6 Aduan Bukan 162..." - Saifuddin

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain