suria

Keputusan Pilihan Raya Kecil Batu Sapi Dijangka Diketahui Pukul 8 Malam

SANDAKAN: Keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi Khamis ini dijangka diketahui pada pukul 8 malam, menurut Pengurus Pilihan raya Mohamad Hamsan Awang Supain. Beliau berkata tempoh mengundi ialah dari pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang di 12 pusat mengundi termasuk enam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting dan DUN Sekong serta sebuah di Pulau Timbang. Batu Sapi mempunyai 25,582 orang pengundi, di mana 15,099 atau 59.02 peratus adalah Muslim Bumiputera, 689 atau 2.69 peratus adalah Bumiputera bukan Muslim, 9,737 atau 38.06 peratus ialah pengundi Cina dan 57 atau 0.22 daripada pengundi kaum lain. Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru, Datin Linda Tsen daripada Barisan Nasional (BN) akan ditentang oleh calon Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon Parti keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah.

Ia diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada BN Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam kemalangan jalan raya di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu pada 9 Oktober lepas.

Sementara itu Jabatan Meteorologikal Kota Kinabalu meramalkan cuaca cerah di sebelah pagi dan hujan pada lewat petang pada hari mengundi.

Cuaca mendung pada tengah hari dan hujan diramalkan di kawasan berhampiran Batu Sapi di Sandakan, menurut jurucakap jabatan itu. - BERNAMA

Artikel Lain