suria

Najib : ETP Telahpun Berhasil Dengan Sembilan Kejayaan Awal

KUALA LUMPUR: Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah bermula dengan mantapnya dengan sembilan kejayaan awal diumumkan pada pelancaran ETP-Pelan Hala tuju untuk Malaysia di sini pada Isnin.

"ETP telahpun menunjukkan hasil. Kejayaan awal menunjukkan dengan memberi tumpuan kepada tindakan, maka hasilnya dapat dilihat. Kita akan mengumumkan lebih banyak lagi pelaburan yang telah dipastikan dalam beberapa bulan akan datang," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berdasarkan kepada rekod semasa, 53 projek permulaan dengan nilai pelaburan AS$97 bilion, hampir 45 peratus daripada jumlah pelaburan yang disasarkan telahpun dalam pelbagai peringkat penglibatan aktif.

Antara sembilan kejayaan awal ialah pelaburan permulaan RM214 juta untuk menempatkan semula dan mewujudkan loji fabrikasi wafer oleh syarikat Jerman, LFoundry di taman High-Tech Kulim.

Sementara itu, Mydin telah komited untuk melabur dalam 14 cawangan baru dalam tempoh tiga tahun bernilai kira-kira RM1 bilion sementara 208 bilik hotel dan 160 unit kediaman akan diuruskan oleh ST.Regis. - BERNAMA

Artikel Lain