SKMM Dan Polis Lengkap Siasatan 15 Kes Libatkan Blog - Semasa | mStar

SKMM Dan Polis Lengkap Siasatan 15 Kes Libatkan Blog

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis sudah melengkapkan siasatan terhadap 15 kes yang melibatkan blog dan portal yang dikatakan menyiarkan fitnah dan tuduhan palsu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata laporan siasatan kesemua kes itu juga sudah dirujuk kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

"Jadi kita nak menekankan bahawa kerja kerja siasatan dan susulan, beres di peringkat polis dan SKMM," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Jumaat.

Menurutnya kini terpulang kepada Peguam Negara untuk memutuskan sama ada hendak memulakan pendakwaan terhadap blog dan portal berkenaan.

Dr Rais berkata beliau turut bersetuju dan menyokong pandangan umum supaya penguatkuasaan undang-undang diperketatkan, dan mereka yang bersalah dikenakan hukuman tegas.

Berhubung desakan para perwakilan Umno yang mahu kerajaan bertegas dengan golongan yang sengaja menyebarkan berita palsu dan menggugat keharmonian di kalangan rakyat menerusi internet, Dr Rais berkata jawatankuasa bersepadu antara Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Jabatan Peguam Negara, dan Kementerian Dalam Negeri bersetuju supaya tindakan tegas diambil dalam perkara itu.

"Memang alam maya ini bunyinya alam maya, tetapi undang-undang negara mesti dipatuhi," katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa 140 pejabat penerangan daerah di seluruh negara sedang dinaik taraf dan dilengkapi dengan internet bagi kemudahan pengunjung setempat. Katanya bagi menggalakkan penghayatan gagasan 1Malaysia di kalangan rakyat, syarikat penerbitan drama khususnya televisyen digalakkan untuk menghasilkan drama bermutu bertemakan perpaduan kaum selain mengetengahkan drama-drama dari Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Skim Rumah Pertamaku Mudah Dimiliki

Artikel Berikut

Tamatkan Perang Psikologi Antara Komponen BN

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain