suria

PGM Rampas 22 Ekor Lembu Seludup

TUMPAT: Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pengkalan Kubor di sini merampas 22 ekor lembu bernilai RM66,000 yang dipercayai diseludup dari Thailand di sini awal pagi Ahad.

Penolong Pegawai Pemerintahnya, ASP Wan Ismail Wan Mamat berkata kejayaan itu hasil intipan anggota pasukan itu di pangkalan haram di Kampung Simpangan di sini kira-kira 5.30 pagi.

"Anggota kami melihat dua lelaki sedang menaiki bot mengheret dua ekor lembu menyeberangi Sungai Golok ke arah tebing di Kampung Berangan. Kedua-dua lelaki itu bagaimanapun melarikan diri dengan meninggalkan kedua-dua ekor lembu di tebing itu," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya hasil pemeriksaan, 20 ekor lembu ditemui di satu kawasan yang dipercayai dijadikan transit pergerakan lembu dari negara jiran ke negeri ini yang terletak kira 700 meter dari tebing Sungai Golok.

Beliau berkata lembu berkenaan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan.

Sementara itu, katanya pasukan itu juga merampas sebanyak 184 liter petrol bernilai RM33,300 yang dipercayai cuba diseludup di Jaki, Nibong, di sini, pukul 9 pagi ini.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain