suria

Polis Masih Belum Sahkan Penemuan 4 Mayat Adalah Sosilawati dan 3 Yang Lain

KUALA LANGAT: Polis masih belum dapat mengesahkan penemuan empat mayat di Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini pada Sabtu adalah jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Bagaimanapun berdasarkan hasil tangkapan polis terhadap empat suspek sebelum ini telah mendedahkan pengakuan mereka terlibat dalam satu kejadian pembunuhan yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302.

Empat mayat yang dibunuh, dibakar dan dibuang abunya di sungai berhampiran tempat kejadian di sini kini masih dalam siasatan Forensik PDRM dan Jabatan Kimia.

Berdasarkan penemuan terbaru dalam siasatan dan tindakan mereka yang ditahan memberi petunjuk kepada kehilangan Sosilawati dan tiga individu terbabit.

Berita selanjutnya selepas ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain