Sebutan 7 Okt Semula Kes Pemandu Van Sekolah Rogol Anak Saudara - Semasa | mStar

Sebutan 7 Okt Semula Kes Pemandu Van Sekolah Rogol Anak Saudara

PETALING JAYA: Kes seorang pemandu van sekolah yang didakwa atas tuduhan merogol dua orang pelajar termasuk anak saudaranya ditetapkan untuk sebutan semula pada 7 Oktober depan.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini Rozina Ayub menetapkan tarikh itu pada Selasa, selepas peguam Lim Sha Lee memaklumkan beliau gagal menerima arahan lanjut daripada anak guamnya.

"Memandangkan saya tidak mendapat arahan lanjut, maka saya hanya akan mewakilinya dalam prosiding berhubung jaminan sahaja.

"Saya tidak akan mewakilinya dalam perbicaraan kerana tidak mendapat arahan daripada tertuduh dan juga keluarganya," tambah Lim.

Justeru itu, Rozina memberikan tempoh masa itu bagi membolehkan tertuduh yang berusia 51 tahun mendapatkan khidmat peguam bagi membela dirinya pada perbicaraan kelak.

Pada 5 Ogos lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol anak saudara yang dipelihara isterinya selepas mangsa kematian ibu pada usia enam tahun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu sekitar 2009 di sebuah rumah di Taman Medan, di sini semasa mangsa berusia sembilan tahun.

Dia juga didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan merangsang mangsa melakukan perbuatan kelucahan yang melampau pada 2009, di Taman Medan semasa mangsa berusia sembilan tahun.

Selain itu, tertuduh yang bertubuh sederhana itu juga didakwa merogol seorang pelajar di dalam sebuah van sekolah bernombor pendaftaran NAD 1778.

Kesalahan itu didakwa dilakukan terhadap mangsa berusia sembilan tahun sembilan bulan pada 26 Julai lalu di Jalan Othman 1/12, di sini.

Semua kes tersebut akan dibicarakan bersama di hadapan Rozina.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Shah Rizal Abdul Manan.

Jaminan terhadapnya ditetapkan pada jumlah RM15,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tertuduh tidak boleh menganggu mangsa dan tinggal berasingan daripada anak saudaranya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.