YPM Terus Bantu Pelajar Miskin dan Orang Asli Lanjut Pelajaran - Semasa | mStar

YPM Terus Bantu Pelajar Miskin dan Orang Asli Lanjut Pelajaran

KUALA LUMPUR: Yayasan Pelajaran Mara (YPM) akan terus memberi biasiswa kepada pelajar bumiputera yang miskin dan Orang Asli di luar bandar untuk melanjutkan pelajaran mereka di luar negara. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ia selaras dengan komitmen YPM yang mahu meningkatkan taraf sosioekonomi golongan berkenaan.

"Bantuan biasiswa pendidikan YPM ini secara langsung dapat meringankan beban dan tanggungjawab keluarga mereka yang berpendapatan rendah dan saya berharap apabila pelajar-pelajar menamatkan pengajian mereka di IPT kelak mereka akan membantu ahli keluarga untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim, Orang Asli dan golongan ibu tunggal anjuran YPM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam Khamis.

Pada majlis itu, Shafie menyerahkan replika cek berjumlah RM25 juta kepada 69 pelajar yang menerima biasiswa menerusi Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi YPM untuk melanjutkan pengajian mereka.

Jumlah itu adalah bagi menanggung kos pengajian kesemua mereka selama lima tahun iaitu tiga tahun di Malaysia dan dua tahun di Jepun.

Mohd Shafie turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 200 anak yatim, Orang Asli dan golongan ibu tunggal dari sekitar Lembah Klang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wanita Bebas Tuduhan Subahat Bunuh Suami

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain