Guru Bebas Tuduhan Cabul Murid Bisu, Pekak - Semasa | mStar

Guru Bebas Tuduhan Cabul Murid Bisu, Pekak

SHAH ALAM: Seorang guru lelaki yang pernah didakwa atas lima tuduhan mencabul tiga anak muridnya yang bisu dan pekak, kini boleh menarik nafas lega selepas Mahkamah Tinggi di sini, mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskannya.

Hakim Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu terhadap Mohd Rizal Reboo, 29, selepas berpuas hati bahawa Hakim Sesyen, Datuk Anita Harun tidak terkhilaf dalam penghakimannya pada 22 Februari lalu.

Semasa itu, Anita melepas dan membebaskan Mohd Rizal yang berasal dari Seksyen 18 di sini, daripada tuduhan melakukan kesalahan itu yang didakwa berlaku semasa dia mengambil ukuran badan murid tersebut.

Ukuran itu dikatakan untuk kegunaan bagi membuat pakaian seragam berkaitan mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Mohd Rizal didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik komputer, Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Bukit Kuda, Klang, dekat sini, antara pukul 9.20 pagi dan 1 petang pada 27 Julai dan 29 Julai 2005.

Pada penghakimannya, Mohd Yazid berkata, beliau bersetuju dengan Hakim Sesyen yang meragui kredibiliti salah seorang mangsa yang tidak dapat memberi keterangan terperinci mengenai kejadian itu.

“Amatlah pelik untuk mangsa cabul tidak dapat memberi keterangan mengenai kejadian yang selalunya meninggalkan nostalgia buruk.

“Apatah lagi kepada orang perempuan, jika perkara sebegini berlaku, ia akan menjadi perkara yang diingati sampai bila-bila,” ujar Mohd Yazid.

Beliau membuat keputusan itu pada prosiding rayuan di mana pihak pendakwaan selaku perayu diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadhli Mat Sutris.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain