suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa Maut Motosikal Dilanggar Kereta

SEREMBAN: Hasrat seorang bapa untuk membeli persiapan Hari Raya berakhir apabila beliau maut selepas motosikal yang ditunggang bersama anak lelakinya bertembung dengan sebuah kereta di jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran persimpangan Senawang, 8.30 malam tadi.

Menurut jurucakap polis, mangsa, Yusof Basiron, berusia 50-an, maut di tempat kejadian selepas mendapat kecederaan parah di kepala dan badan manakala anaknya yang berusia 16 tahun terselamat dan hanya mengalami cedera di kaki.

Mereka dipercayai dalam perjalanan dari rumah mereka di Kuala Pilah ke bandar Seremban, katanya ketika dihubungi Bernama.

Manakala pemandu lelaki kereta Proton Wira itu tidak mengalami kecederaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain