suria

Pasangan Warga Emas Diikat Sebelum Rumah Mereka Dirompak

KANGAR: Tiga perompak bersenjatakan dua pisau melarikan barang kemas dan wang tunai yang nilai keseluruhan berjumlah kira-kira RM19,000, selepas merompak sepasang suami isteri di sebuah rumah Kampung Guar Syed Alwi dekat sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Nordin berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4 pagi apabila pasangan warga emas itu dikejutkan dari tidur oleh tiga lelaki, sebelum mereka diikat dan dipaksa memberitahu tempat simpanan barang kemas.

Beliau berkata perompak itu kemudiannya menggeledah rumah itu dan melarikan 10 utas gelang emas, beberapa utas rantai leher dan wang tunai RM1,000.

Menurutnya pasangan berumur lebih 60an yang bekerja sebagai petani itu berjaya melepaskan diri tidak lama kemudian, dan terus membuat laporan polis pada kira-kira pukul 5 pagi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain