suria

300 Majikan Di Johor Gagal Daftar Pekerja Dengan Perkeso

JOHOR BAHRU: Lebih daripada 300 majikan di negeri ini gagal untuk mendaftarkan pekerja mereka dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada tahun ini, menurut Pengarah negerinya Che Hamid Che Ahmad.

Katanya, ini amat membimbangkan kerana pada tahun lepas hanya 250 majikan sahaja yang gagal berbuat demikian.

"Ini menunjukkan ramai majikan mengabaikan tanggungjawab sosial mereka terhadap pekerja," katanya semasa pelancaran Program Perkeso Bersama Pemimpin Masyarakat oleh Anggota Parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Abdul Samad, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, sejumlah RM166,000 kompaun telah dikeluarkan ke atas majikan yang dikesan gagal berbuat demikian.

Perkeso negeri merekodkan secara purata 245 majikan mendaftarkan pekerja mereka setiap bulan dan jumlah tersebut meningkat sebanyak 83 peratus semenjak dua bulan lalu selepas 'Ops Kesan' dilancarkan bagi mengesan majikan yang gagal mendaftarkan pekerja mereka. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain