suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

93 Kematian: Hospital Diarah Pantau Rawatan Denggi Dengan Lebih Hati-hati

KUALA LUMPUR: Semua hospital dan klinik di negara ini telah diarahkan agar memantau rawatan demam denggi dengan lebih berhati-hati.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ini kerana keadaan jangkitan semakin membimbangkan apabila jumlah kematian terus meningkat kepada 93 kes sehingga semalam berbanding 67 bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Jumlah kes denggi yang dilaporkan pula ialah sebanyak 29,255 kes setakat ini berbanding 27,989 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

"Peningkatan bilangan kematian sebanyak 38.8 peratus dan peningkatan kes sebanyak 4.5 peratus adalah amat membimbangkan. Ini juga merupakan satu ancaman serius dan perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh orang ramai," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Liow mengulangi nasihatnya kepada orang ramai agar mengambil langkah pencegahan seperti memastikan kebersihan kawasan tempat tinggal mereka bagi mengelak penularan demam denggi.

"Saya telah mengarahkan pegawai saya supaya mengetatkan penguatkuasaan mereka untuk pastikan tidak ada penularan demam denggi di kawasan tempat tinggal terutamanya," katanya.

Beliau sebelum itu merasmikan Seminar Kapitan Yap Ah Loy, anjuran Persekutuan Persatuan Nanyang Malaysia yang bertujuan untuk menghayati dan menghargai sumbangan pengasas Kuala Lumpur itu. - BERNAMA

Artikel Lain