suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cadangan Isytihar Status Agama Masih Diselaras - Jamil

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata cadangan mengenai peraturan seseorang bukan Muslim yang memeluk agama Islam mengisytiharkan status agama kepada keluarga masing-masing, masih dalam penyelarasan.

Menurut beliau sebarang garis panduan atau kaedah pengisytiharan hanya boleh dibuat sekiranya kerajaan mendapat persetujuan daripada negeri-negeri yang merupakan pihak bertanggungjawab berhubung isu agama.

"Usaha ke arah penyelarasan isu pertukaran agama ini masih berjalan. Saya tak nak sebut jangka (bila boleh dilaksana) nanti akan kata saya menipu. Jadi saya nak sebutkan perkara ini perlu dapat persetujuan semua negeri melalui Majlis Agama Negeri dan Jabatan Agama Negeri," katanya.

Katanya peraturan itu bertujuan mengelak masalah, terutama apabila mualaf tersebut meninggal dunia dan keluarganya mempertikaikan status agamanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan cadangan yang pernah dikemukakan pada 2008 oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai peraturan tersebut.

Menurut Abdullah mereka yang berhasrat memeluk agama Islam perlu memaklumkan anggota keluarga mereka menerusi satu borang atau surat yang mengisytiharkan bahawa keluarganya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Jamil Khir berkata pada masa ini kerajaan akan terus menggunakan kaedah sedia ada iaitu mana-mana individu yang menukar agama perlu mendaftar di pejabat agama untuk mendapat kelulusan. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain