suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

26 Lelaki Ditahan Kerana Berjudi

PULAU PINANG: Polis Pulau Pinang menahan 26 lelaki termasuk enam warga emas yang sedang berjudi dalam sebuah rumah di kawasan jeti di Weld Quay di sini, petang ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Nassir Salleh berkata polis turut merampas dadu, cip, meja perjudian dan wang tunai RM45,000 yang dipercayai wang pertaruhan judi.

Katanya serbuan pukul 4.30 petang itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang selepas menerima aduan penduduk berdekatan dengan rumah itu.

"Semasa diserbu, ada sebilangan orang bertempiaran lari dengan terjun ke laut di kawasan jeti itu. Bagaimanapun, mereka yang dtahan berumur antara 31 dan 76 tahun," katanya kepada pemberita di tempat kejadian itu.

Nassir berkata polis percaya dalang kumpulan perjudian haram itu sering mengubah tempat berjudi bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

Katanya kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain