Bicara Suami Dituduh Simpan Mayat Isteri Dalam Almari 15 Nov - Semasa | mStar

Bicara Suami Dituduh Simpan Mayat Isteri Dalam Almari 15 Nov

SHAH ALAM: Seorang bekas pengurus katering yang didakwa membunuh isterinya yang ditemui dalam keadaan berbungkus di dalam almari pakaian akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini pada November depan.

Penolong Kanan Pendaftar, Khairul Nizam Abu Bakar pada Khamis, menetapkan perbicaraan terhadap Mohafri Mohammed, 37, dijalankan pada 15, 16, 29 dan 30 November 2010.

Perbicaraan akan didengar oleh Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.

Mohafri yang merupakan suami kepada mangsa didakwa membunuh Fazlina Ahmad, 40, di rumah bernombor 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang, antara pukul 5 dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009.

Dia yang kali pertama didakwa pada 18 Januari lalu, kini berhadapan dengan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Sebelum

26 Lelaki Ditahan Kerana Berjudi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain