suria

Media Prima Kini Kuasai 96.12% Dalam NSTP

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima) hari ini mengumumkan yang ia telah menguasai sejumlah 96.12 peratus saham dalam New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) selaras dengan tawaran pengambilalihan yang dilancarkan pada 28 Jun.

Berikutan pengumuman pada 4 Ogos kepada Bursa Securities, tarikh tutup untuk tawaran itu telah dilanjutkan sehingga 5 petang, Jumaat (20 Ogos), kata syarikat dalam satu kenyataan.

Para pemegang saham NSTP perlu maklum yang urus niaga saham-saham NSTP di Bursa Malaysia telah digantung tertakluk kepada nyahsenarai.

Sehubungan itu, para pemegang saham yang belum lagi menerima tawaran akan memegang saham-saham NSTP yang tidak disenaraikan dan tidak boleh merealisasikan pelaburan mereka dalam saham-saham itu menerusi urus niaga di Bursa Securities.

Kaunter NSTP yang telah digantung urus niaga pada 30 Julai, akhir sekali disebut harga pada RM2.51 sesaham.

Artikel Berikut

Artikel Lain