suria

Kastam Sabah Rampas Syabu Bernilai Lebih RM600,000

KOTA KINABALU : Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 2.7 kg bernilai RM688,000 daripada seorang lelaki warga Nigeria pada Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Pengarahnya Datuk Md Yusop Mansor berkata lelaki itu ditahan kira-kira pukul 1 tengahari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu selepas pegawai kastam yang memeriksa bagasinya mengesan dadah tersebut yang disembunyikan di bahagian khas.

"Suspek berusia lingkungan 37 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Md Yusop berkata tangkapan itu merupakan yang pertama tahun ini melibatkan penyeludupan dadah ke Sabah. - Bernama

Artikel Lain