suria

KDN Panggil Wakil Harakah

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memanggil wakil akhbar Harakah, lidah rasmi PAS, berhubung penerbitan akhbar itu walaupun tempoh permit telah tamat pada 7 Julai.

"Kementerian Dalam Negeri memandang serius tindakan penerbitan dan pengedaran Harakah keluaran 12-15 Julai 2010," kata KDN dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Harakah diwakili Datuk Mustafa Ali selaku pengerusi jemaah pengarah dan pengarah urusannya Datuk Kamaruddin Jaafar bagi memberi penjelasan kepada ketua setiausaha kementerian, Datuk Seri Mahmood Adam. - BERNAMA

Artikel Lain