suria

Muhyiddin Tiba Di Abuja Hadiri Sindang Kemuncak D-8

ABUJA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini petang ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Ketujuh Kumpulan Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8)pada Khamis.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Buruh dan Produktiviti Nigeria, Emeka Wogu, Timbalan Menteri Luar Senator A.Kohilan Pillay dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Nigeria, Nik Mustafa Kamal Nik Ahmad.

Pesawat yang membawa Muhyiddin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Nnamdi Azikiwe di sini pada 1.40 tengah hari waktu tempatan (8.40 malam waktu Malaysia).

Muhyiddin dijadualkan menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Presiden Nigeria Goodluck Jonathan hari ini di Dewan Bankuasi Negara di Asokoro di sini, tempat berlangsungnya sidang tersebut.

Hari ini, Muhyiddin dijangka menyerahkan jawatan Pengerusi D-8 yang dipegang oleh Malaysia sejak 2008 kepada Nigeria di tempat sama.

Kumpulan D-8, yang ditubuhkan pada 1997, dianggotai oleh lapan negara membangun iaitu Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki. -BERNAMA

Artikel Lain