suria

PM Membentangkan RMK10, 11.30 Pagi

KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen hari ini pada pukul 11.30 pagi adalah penting bagi rakyat negara ini untuk mencapai pendapatan yang lebih tinggi dalam ekonomi bernilai tinggi.

Di bawah RMK10, kerajaan menyasarkan pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar tahunan sebanyak 5.5 peratus dengan anggaran perbelanjaan pembangunan sebanyak RM230 bilion.

Sektor swasta dijangka terlibat dalam lebih 50 peratus daripada projek-projek berkenaan.

Kerajaan mahu sektor swasta terlibat dalam projek-projek yang biasanya dikendalikan oleh sektor awal seperti pembinaan dan pengurusan sekolah serta hospital. - BERNAMA

Artikel Berikut

18 Kes Baru H1N1

Artikel Lain