suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

62 Kes Senjata PDRM Hilang Sejak 2001 - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Sebanyak 62 kes kehilangan senjata api milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan 36 pucuk pistol semi auto, 51 revolver dan dua sub-machine gun (SMG) dilaporkan sejak 2001, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, bagaimanapun 28 unit daripada kes itu, iaitu empat pucuk pistol semi auto dan 24 revolver telah dijumpai semula.

Hishammuddin berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Chua Tian Chang (PKR-Batu) di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu sebanyak 58 kes kehilangan kenderaan PDRM turut dilaporkan termasuk yang melibatkan 49 buah motosikal, tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah kenderaan pacuan empat roda. - BERNAMA

Artikel Lain