Hasmy Agam Pengerusi Baru Suhakam - Semasa | mStar

Hasmy Agam Pengerusi Baru Suhakam

Tan Sri Hasmy Agam ketika dalam sidang akhbar di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar baru-baru ini.
Tan Sri Hasmy Agam ketika dalam sidang akhbar di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDHL), Kementerian Luar Tan Sri Hasmy Agam semalam dilantik sebagai Pengerusi baru Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengumumkan pelantikan anggota-anggota baru Suhakam, iaitu Muhammad Sha'ani Abdullah, Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee, James Deva Nayagam, Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi A.Majid, Jannie Lasimbang dan Detta anak Samen.

Pelantikan itu untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa pada 26 April lepas, menurut Perdana Menteri dalam kenyataan akhbar beliau kepada Bernama di sini semalam.

Perdana Menteri berkata menurut subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan anggota Suhakam tersebut.

"Selaras dengan subseksyen 6(1) Akta 597, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan Tan Sri Hasmy Agam dilantik sebagai Pengerusi Suhakam," katanya.

Pengerusi Suhakam sebelum ini ialah bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!