suria

UPP Rampas Empat Guni Benih Kerang

KANGAR: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) menahan dua lelaki warga Thailand dan merampas empat guni benih kerang yang didapati cuba diseludup ke Thailand di Jalan Kaki Bukit dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perikanan Malaysia, Suhaili Lee berkata, kedua-dua lelaki berumur 47 dan 34 tahun itu ditahan selepas pihak UPP menemuai benih kerang tersebut dalam sebuah kenderaan yang menghala Thailand kira-kira pukul 4 petang.

Beliau berkata, pihak UPP kemudiannya menyerahkan benih kerang seberat 220 kilogram yang dianggarkan bernilai RM8,000 itu kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, benih kerang yang dipercayai diperolehi dari Perak dan Selangor itu dipercayai hendak diseludup ke Thailand ekoran permintaan yang tinggi di negara itu.

"Kenderaan penyeludup itu turut disita bagi sisatan lanjut manakala benih kerang itu akan dilepaskan ke laut untuk pelupusan. Benih kerang memang tidak dibenarkan dieksport ke negara jiran kerana ia merupakan antara sumber paling penting negara," katanya ketika ditemui di Kuala Perlis hari ini.

Suhaili berkata, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 40(1) Akta Perikanan 1985 yang jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan. - BERNAMA

Artikel Lain