suria

PKR Akur Lompat Parti Beri Kesan Buruk

KOTA BAHARU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui menerima kesan buruk terhadap imej dan keutuhan partinya berikutan beberapa pemimpin mereka melompat parti atau "lompat katak".

Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali berkata berkata untuk jangka pendek tindakan beberapa pemimpin partinya dan pemimpin pakatan pembangkang keluar daripada parti memberikan kesan negatif kepada pakatan pembangkang dan parti.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan untuk jangka masa panjang tindakan melompat parti itu boleh menjadi satu proses penyucian kepada parti dan pakatan pembangkang dalam menyisihkan mereka yang menjadi anasir kepada parti.

Beliau berkata disebabkan insiden lompat katak itu ia juga mencetuskan kebimbangan di kalangan pakatan pembangkang termasuk DAP dan PAS.

"Memang kita akui mereka yang lompat katak ini adalah mereka yang kecewa. Kita akui laporan berita mengenai mereka yang lompat parti memberikan kesan negatif kepada kita," katanya ketika berucap merasmikan Kongres Angkatan Muda dan Wanita PKR, di sini semalam.

Syed Husin berkata demikian berikutan beberapa pemimpin parti pembangkang yang menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) didakwa akan melompat parti sehingga menggoyahkan kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS.

AntarapemimpinKedahyangdisebut-sebutakan meninggal partiialahADUNKulim daripada PKR,LimSoo Nee kerana alasan kecewa dengankepimpinan dalaman PKR dan juga Pakatan Rakyat.

Syed Husin berkata kebanyakan pemimpin melompat parti kerana masalah peribadi termasuk masalah kewangan, gagal dapat apa yang dihajati daripada parti, tiada kerjasama daripada anggota parti dan gagal berkhidmat kepada rakyat.

Sehubungan itu pihaknya meminta pemimpin parti mengadakan muhasabah untuk menilai punca kejadian lompat katak dan membetulkan perkara itu dengan segera. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain