Rumah MP Kapar Disimbah Cat Merah - Semasa | mStar

Rumah MP Kapar Disimbah Cat Merah

KLANG: Kediaman Anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam di Jalan Jelutong KU/8 di Pekan Meru di sini disimbah cat merah awal pagi tadi.

Beberapa bahagian rumah teres dua tingkat milik Manikavasagam seperti pintu pagar hadapan, tiang dan lantai anjung rumah serta Proton Perdana dan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Toyota Estima terkena simbahan cat itu.

Manikavasagam memberitahu wartawan dia menyedari rumah dan keretanya terkena simbahan cat pada pukul 7.30 pagi semasa sedang membancuh kopi dan beliau bersyukur tidak ada sebarang kemalangan jiwa berlaku.

Katanya, beliau bersama enam lagi ahli keluarganya mendiami rumah berkenaan sejak 10 bulan lepas.

Selain daripada rumah dan keretanya disimbah, Manikavasagam berkata, satu nota yang ditulis atas kertas A4 berbau ugutan ditemui, meminta beliau tidak mencampuri urusan pasir di Selangor jika sayangkan nyawa.

"Ini merupakan kejadian pertama sepanjang 10 tahun saya terlibat di dalam dunia politik dan saya percaya ia ada kaitan dengan isu pasir yang saya dedahkan," katanya.

Beliau berkata, kejadian itu tidak akan melemahkan semangat beliau untuk mendedahkan isu penyelewangan pasir yang didakwa melibatkan pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran dan perniagaan pasir di Selangor.

Sebuah akhbar semalam melaporkan bahawa Manikavasagam telah membuat laporan polis di Balai Polis Meru selepas menerima ancaman bunuh terhadap beliau dan Keluarganya Jumaat lepas. Manikavasagam membuat laporan polis mengenai kegiatan rasuah di kalangan pegawai atasan Kumpulan Semesta Rabu lalu selepas beliau diminta oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbuat demikian.

Pada pagi hari yang sama, beliau bertemu Abdul Khalid untuk mengemukakan aduan rasmi dan menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan dakwaan itu.

Berikutan laporan yang dibuat kepada Abdul Khalid, kerajaan Selangor telah merujuk dakwaan rasuah itu untuk disiasat oleh Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban & Ketelusan Selangor (SELCAT).

Sementara itu, Pemangku Ketua Siasatan Jenayah Selangor ACP Omar Mammah ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati lebih daripada seorang disyaki menyimbah cat di kediaman dan kereta milik Manikavasagam pada awal pagi tadi.

Beliau juga mengesahkan terdapat nota berbau ugutan yang ditemui bersama salah satu daripada tiga bungkusan plastik yang diisikan cat oleh mereka yang melakukan perkara itu.

Omar berkata, kejadian iTU disiasat di bawah Seksyen 427 dan 507 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain