suria

Pekerja Kilang Cedera Dakwa Dipukul Empat Pengawal Keselamatan

KUANTAN: Seorang kakitangan di sebuah kilang di sini mendakwa dia dipukul oleh empat pengawal keselamatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, kelmarin tanpa mengetahui kesalahan sebenar yang dilakukannya.

Madzlan Omar, 44, dari Taman Murni, Sungai Isap di sini mendakwa akibat daripada pukulan itu, dia dimasukkan di hospital itu semalam dan mengalami pendarahan pada hidung, lebam di bahagian muka serta pening.

Kejadian itu dakwanya berlaku antara pukul 11.25 pagi hingga 12 tengahari kelmarin di hadapan lif bangunan hospital berkenaan ketika dia mahu bertukar syif dengan anak lelakinya, Mohd Mazri Rozzaimi, 19, untuk menjaga isterinya yang sedang menerima rawatan di wad HTAA.

Katanya, ketika anaknya itu hendak memasuki hospital berkenaan, dia bagaimanapun telah dihalang oleh seorang pengawal keselamatan berusia 20-an, yang kemudiannya mengarahkan Mohd Mazri Rozzaimi supaya menghubunginya.

"Sebaik sahaja dia nampak saya, dia terus melepaskan tumbukan ke arah muka saya menyebabkan cermin mata saya pecah. Kemudian datang tiga lagi pengawal keselamatan yang memegang dan menolak serta menghantukkan kepala saya selain memukul menggunakan topi keledar," katanya.

Madzlan membuat laporan polis pada hari yang sama dan bercadang mengambil tindakan mahkamah ke atas syarikat keselamatan tersebut.

Artikel Berikut

36 Kes Baru H1N1

Artikel Lain